Utama Berita Automotif Lancar minggu depan, Perodua dedah teaser D66B

Lancar minggu depan, Perodua dedah teaser D66B

2686

Pada suku kedua yang lalu, Motoqar melaporkan Perodua sudahpun memulakan pemasangan D66B di kemudahan Perodua Manufacturing Sdn Bhd, Rawang. 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad mengesahkan bakal memperkenalkan sebuah lagi model serba baharu tahun ini selepas pengenalan kereta elektrik (EV) QV-E pertama syarikat.

Kehadiran model kedua serba baharu itu ke pasaran tempatan semakin hampir yang mana difahamkan ia bakal dilancarkan minggu hadapan.

Sebelum pelancaran rasmi, Perodua mencuri tumpuan apabila mendedahkan satu teaser video yang menarik, memberi bayangan jelas mengenai SUV baharu yang dinanti-nantikan.

Video pendek itu memfokuskan kepada konsep “Perodua Simplicity”, menunjukkan sorotan kepada kenderaan itu yang mana penambahan model SUV segmen B baharu dalam barisan kenderaan mereka.

Video tersebut bukan sahaja mempamerkan imej SUV baharu menerusi bahagian gril dan siluet sisi kenderaan, tetapi turut menekankan nilai utama yang ditawarkan oleh Perodua.

Ia menegaskan bahawa menerusi Perodua, pemilikan kenderaan lebih mudah melalui pengenalan Flexiplan yang menjanjikan nilai jualan semula terjamin, bayaran balik yang tidak membebankan, dan proses pemilikan lebih ringkas.

Pihak syarikat juga menjelaskan jualan semula kenderaan tanpa rumit yang menjadikan proses menukar kereta lama kepada baharu lebih lancar untuk pelanggan.

Selain itu, ia juga  menekankan bantuan jalanan 24/7 dan jaminan perlindungan penuh serta akses mudah ke rangkaian selepas jualan seluruh negara.

Kemudian, video itu diakhiri dengan siluet kenderaan dan frasa “Guaranteed. Trusted. By Your Side.” serta pengumuman “Coming Soon”.

PERODUA D66B

Model D66B ini berasaskan Toyota Yaris Cross, selaras dengan kerjasama teknikal sedia ada antara Perodua dan Daihatsu/Toyota.

Sebelum ini, Zainal Abidin menyatakan kepada Motoqar bahawa SUV baharu itu tidak akan menggunakan lencana Nexis seperti mana nama spekulasi yang digunakan oleh media tempatan.

SUV baharu itu bakal bersaing secara langsung dengan Honda HR-V dan Proton X50, menjadikannya tawaran yang sangat menarik di segmen SUV kompak.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here