Utama Berita Automotif Berita Global Chery jalin kerjasama dengan AYPG 2025

Chery jalin kerjasama dengan AYPG 2025

7

CHERY menandatangani perjanjian dengan jawatankuasa penganjur Sukan Para Belia Asia (AYPG) 2025 di Dubai, pada awal bulan ini.

Acara itu dihadiri Naib Presiden Eksekutif Chery International, Zhu Shaodong; Presiden Jawatankuasa Paralimpik Asia, Majid Rashed dan Setiausaha Agung Majlis Sukan Dubai, Saeed Hareb.

Hadir sama Pengerusi DCD dan Jawatankuasa Penganjur Tempatan – AYPG, Thani Juma Berregad dan Ketua Pegawai Eksekutif Jawatankuasa Paralimpik Asia, Tarek Souei.

Dalam majlis itu, mereka bersama-sama mengumumkan peranan rasmi Chery sebagai rakan kongsi mobiliti yang eksklusif untuk sukan ini.

Menerusi tema ‘With CHERY, Born to Rise!’ (“Bersama CHERY, Tercipta untuk Bangkit!”), kolaborasi ini bukan sahaja menyaksikan perkongsian semakin mendalam antara kedua-dua pihak tetapi juga pengiktirafan kukuh terhadap kekuatan dan nilai jenama Chery.

AYPG 2025 – bertemakan moto’ Tercipta untuk Bangkit’, memperjuangkan ketabahan dan semangat juang atlet muda – falsafah yang benar-benar selari dengan etos ‘Little Thatched Cottage’ (“Pondok Jerami Kecil”) Chery iaitu ‘tidak gentar akan kesusahan dan tidak pernah berputus asa’.

Zhu Shaodong berkata, sejak permulaan kami pada tahun 1997 hingga kini – yang tersenarai sebagai antara Fortune Global 500 dan beroperasi di lebih 120 negara dan wilayah – inilah ‘kebangkitan’ Chery.

“Kami berharap dapat melaungkan sorakan atas ‘kebangkitan’ setiap atlet muda di padang,” katanya.

Sebelum ini, Chery membina kepercayaan dan tujuan bersama dengan organisasi Paralimpik Asia melalui inisiatif seperti menyokong Sukan Paralimpik Kanak-kanak Kazakhstan dan membantu Perhimpunan Agung Jawatankuasa Paralimpik Asia yang membuka hala tuju untuk kerjasama ini.

Pada masa sama, komitmen jangka panjang Chery terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D) menjadi teras memperlengkapkannya dengan kepakaran teknologi yang kukuh dan rangkaian penyelidikan global.

Keupayaan ini bukan sahaja mendorong inovasi produk tetapi juga akan disalurkan kepada penyelesaian sokongan dan latihan acara, menawarkan para atlet dengan platform andal demi mengejar kecemerlangan.

Dalam rangka kerja ESG, Chery menghubungkan selanjutnya pertumbuhan perniagaan dengan nilai sosial melalui kolaborasi bersama badan antarabangsa seperti Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Sekitar dan UNICEF bagi memenuhi tanggungjawab korporatnya secara aktif.

Satu pasukan Chery yang berdedikasi kini dibentuk untuk mengkoordinasikan sumber global bagi menyokong persiapan Sukan ini.

Memandangkan AYPG 2025 semakin hampir, Chery akan berdiri di sisi setiap atlet dengan kekuatan teknologi dan rasa tanggungjawab, didorong keyakinan ‘Bersama CHERY, Tercipta untuk Bangkit!’.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here