Chery Malaysia mengumumkan promosi akhir tahun dengan menawarkan rebat sehingga RM15,000 untuk model terpilih serta waranti bateri lanjutan percuma bagi kenderaan PHEV keluaran syarikat itu.
Promosi membabitkan beberapa model Chery terpilih seperti:
- Tiggo 8 Pro: Rebat RM15,000
- Tiggo 7 Pro: Rebat RM10,000
- Tiggo Cross (HEV): Rebat RM5,000
- Tiggo Cross Turbo: Rebat RM5,000
- Tiggo 7 PHEV: Rebat RM5,000
- Tiggo 8 PHEV: Rebat RM5,000
Selain itu, pelanggan yang memandu uji mana-mana model Chery PHEV antara 9 Disember 2025 hingga 6 Januari 2026 akan dimasukkan ke dalam cabutan bertuah yang menawarkan hadiah bernilai sehingga RM200,000, termasuk hadiah utama iaitu sebuah Tiggo Cross HEV.
![]()
Chery Malaysia turut memberikan waranti bateri lanjutan percuma untuk semua model PHEV yang dibeli sepanjang bulan ini.
Waranti 10 tahun atau 200,000 kilometer itu meliputi pek bateri, motor kuasa dan unit kawalan kenderaan, dengan nilai sebanyak RM3,000.
Ini adalah penambahbaikan ketara berbanding waranti standard iaitu 8 tahun atau 160,000 km untuk komponen khusus hibrid ketika ia dilancarkan secara rasmi di Malaysia Oktober lalu.
Pelanggan yang membeli PHEV sejak Oktober 2025 juga layak menerima peningkatan waranti tersebut. Maklumat lanjut berkaitan promosi itu boleh diketahui dengan layari www.chery.my.





























