Utama Berita Automotif Toyota Gazoo Racing lancar 3 model kereta sport generasi baharu

Toyota Gazoo Racing lancar 3 model kereta sport generasi baharu

198

Toyota Gazoo Racing (TGR) dan Lexus mengadakan ‘acara perdana dunia’ bagi kereta sport terbaharu mereka – GR GT, GR GT3 dan Lexus LFA Concept.

Model itu dilancarkan bagi menandakan simbol ‘penerusan kemahiran pembuatan kereta yang berharga’ untuk generasi akan datang.

Model GR GT, GR GT3 dan Lexus LFA Concept lahir daripada tekad Akio Toyoda, Pengerusi Toyota Motor Corporation (TMC) dan juga dikenali sebagai Master Driver Morizo.

TGR lancar 3 model kereta sport generasi baharu

Beliau berhajat agar kemahiran tradisional pembuatan kereta disimpan dan diwarisi menerusi kereta ini dengan menggunakan konsep ‘Toyota’s Shikinen Sengu’.

Untuk makluman, ‘Shikinen Sengu’ adalah ritual tradisional Jepun yang mana struktur utama kuil Shinto dibina semula setiap beberapa dekad.

Ketiga-tiga model diperkenalkan ini diletakkan sebagai kereta sport utama TMC, dan meneruskan legasi Toyota 2000GT dan Lexus LFA.

Mereka menggabungkan kemahiran pembuatan kereta asas dengan teknologi terkini, berpusat pada tiga elemen utama – pusat graviti rendah, berat ringan dengan ketegaran tinggi, dan prestasi aerodinamik unggul.

TGR lancar 3 model kereta sport generasi baharu

GR GT ditonjolkan sebagai kereta sukan utama yang menekankan prestasi luar biasa, dengan penglibatan pelbagai pemandu daripada profesional hingga penilaian dalaman.

Model ini menggunakan rangka badan aluminium sepenuhnya yang pertama bagi Toyota, enjin V8 4-liter dengan turbo kembar, serta transmisi ‘transaxle’ lapan kelajuan.

GR GT3 pula kenderaan perlumbaan spesifikasi FIA GT3 yang dibina menggunakan pendekatan titik berat pada pemandu.

Ia direka untuk pertandingan perlumbaan di seluruh dunia, dengan fokus pada kemudahan pemanduan dan daya saing tinggi.

Bagaimanapun, platfom dan enjin GR GT3 banyak diwarisi dari GR GT biasa.

Lexus LFA Concept pula membawa visi sebagai kereta sport bateri elektrik (BEV) yang sebenar.

TGR lancar 3 model kereta sport generasi baharu

Model konsep ini menggabungkan kecanggihan teknologi dan warisan pembuatan kereta bagi mengubah persepsi kereta sport BEV yang sering dianggap tahap permulaan.

Setiap model dibangunkan dengan pendekatan satu pasukan di bawah tunjuk ajar Master Driver Morizo.

Lexus LFA Concept meneruskan semangat LFA sambil mengejar keseimbangan rekaan dan prestasi pemanduan serta memberi gambaran masa depan pembuatan kereta sport.

Toyota GAZOO Racing dan Lexus seterusnya merancang untuk ‘melepaskan’ maklumat tambahan mengenai model ini secara berperingkat.

Angkatan teknologi dan warisan yang beriringan dalam projek ini dilihat sebagai tonggak penting bagi industri automotif Jepun.

Pelancaran tiga model ini bukan sahaja menonjolkan komitmen Toyota tanpa melupakan kemahiran lama, selain menandakan langkah maju dalam inovasi kereta sport masa depan yang mesra alam dan berprestasi tinggi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here