
M
Menjelang ketibaan tahun baharu, Chery Malaysia meraikan musim perayaan dengan menawarkan promosi akhir tahun yang begitu menarik dengan rebat sehingga RM 15 ribu dan waranti dipanjangkan sehingga 10 tahun!
Kempen ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memiliki sebuah kenderaan baharu dengan nilai yang lebih baik, teknologi lebih maju dan penjimatan yang ketara untuk 2026.
Penjimatan Sehingga RM15,000 untuk Pelbagai Model Chery!
Promosi ini merangkumi model paling popular dalam barisan Chery, termasuk SUV premium, model keluarga dan pilihan elektrifikasi.
Model flagship TIGGO 8 PRO dengan ruang dalaman luas dan mewah kini hadir dengan rebat sehingga RM15,000.
Model TIGGO CROSS (HEV) dan TIGGO CROSS Turbo menerima rebat sehingga RM5,000.
Pelanggan yang mencari nilai terbaik untuk sebuah SUV keluarga pula boleh mendapatkan TIGGO 7 PRO dengan penjimatan RM10,000.
Model elektrifikasi terkini, TIGGO 7 PHEV dan TIGGO 8 PHEV, juga ditawarkan dengan rebat RM5,000, menjadikannya antara pilihan PHEV paling kompetitif dalam pasaran Malaysia.
Pandu Uji dan Menangi Hadiah Bernilai Sehingga RM200,000

Bermula 9 Disember 2025 hingga 6 Januari 2026, pelanggan yang memandu uji mana-mana model PHEV Chery akan layak menyertai cabutan bertuah dengan jumlah hadiah sehingga RM200,000, termasuk hadiah utama TIGGO CROSS HEV.
Kempen ini memberi peluang kepada pelanggan merasai sendiri prestasi teknologi Chery Super Hybrid (CSH) yang menggabungkan pemanduan elektrik dan petrol secara optimum.
Model TIGGO 7 PHEV dan TIGGO 8 PHEV menawarkan jarak pemanduan gabungan sehingga 1,200 km dengan cas penuh dan tangki penuh, memberikan keyakinan untuk perjalanan jauh serta kecekapan untuk kegunaan harian.
Apa itu PHEV?
Walaupun teknologi PHEV kelihatan kompleks, konsepnya sebenarnya mudah difahami.
PHEV atau Plug-in Hybrid Electric Vehicle ialah kenderaan yang menggunakan gabungan motor elektrik dan enjin petrol.
Kedua-dua sistem ini bekerja secara pintar, memilih mod yang paling cekap mengikut keadaan. Sistem hibrid terbaru seperti CSH bukan seperti dahulu dan lebih pintar serta menjimatkan.
Seperti yang dinyatakan setangki petrol dan cas penuh boleh digunakan sehingga 1,200 km!
Untuk perjalanan jarak dekat, motor elektrik boleh menggerakkan TIGGO 7 atau TIGGO 8 PHEV tanpa menggunakan petrol dan sehingga 90 KM, memberikan penjimatan bahan api yang ketara.
Apabila bateri berkurangan atau pemanduan memerlukan kuasa tambahan, enjin petrol mengambil alih secara automatik tanpa memerlukan sebarang tindakan daripada pemandu.
Pengguna tidak perlu bimbang untuk mengecas setiap hari kerana kenderaan akan terus berfungsi seperti biasa menggunakan petrol apabila perlu.
Dengan teknologi ini, pemilik menikmati kelebihan pemanduan elektrik yang senyap, responsif dan menjimatkan, sambil mengekalkan jarak perjalanan jauh yang biasanya hanya ditawarkan oleh enjin petrol.
Model PHEV Canggih, TIGGO 7 PHEV dan TIGGO 8 PHEV
Chery menawarkan dua pilihan PHEV yang memenuhi keperluan berbeza pengguna:
TIGGO 7 PHEV

Sesuai untuk keluarga muda atau pengguna yang mahukan SUV bersaiz sederhana dengan prestasi bertenaga. Ia dilengkapi:
– Enjin 1.5L T-GDi
– Kuasa gabungan 279 PS dan 365 Nm
– Jarak elektrik sehingga 90 km
– Kapasiti bateri 18.3 kWj
– Pengecasan pantas DC 30–80% dalam 19 minit
– Rim 18 inci
– Saiz badan: 4553 mm (panjang), 1862 mm (lebar), 1696 mm (tinggi)
– Berat 1795 kg
TIGGO 8 PHEV

Pilihan lebih sesuai bagi keluarga besar atau pengguna yang inginkan kabin lebih luas, lebih panjang dan lebih stabil di lebuh raya.
Ia berkongsi teknologi CSH yang sama tetapi menawarkan dimensi lebih besar:
– Enjin 1.5L T-GDi
– Kuasa gabungan 279 PS dan 365 Nm
– Jarak elektrik sehingga 90 km
– Kapasiti bateri 18.3 kWj
– Pengecasan pantas DC 30–80% dalam 19 minit
– Rim 19 inci
– Saiz badan: 4725 mm (panjang), 1860 mm (lebar), 1705 mm (tinggi)
– Berat 1916 kg
Dengan perbezaan saiz yang signifikan, pelanggan yang memerlukan ruang tambahan atau keselesaan barisan kedua yang lebih lapang disarankan memilih TIGGO 8 PHEV.
Waranti Bateri Dipanjangkan Secara Percuma
Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Chery menawarkan waranti bateri lanjutan 10 tahun atau 200,000KM bernilai RM3,000 secara percuma kepada semua pembeli PHEV pada bulan ini.
Liputan ini merangkumi bateri kuasa, motor elektrik dan unit kawalan kenderaan.
Pelanggan yang telah membeli PHEV Chery sejak Oktober usah risau kerana anda turut layak menerima penaiktarafan waranti tanpa caj tambahan.
Senarai Harga & Rebat Rasmi
|
MODEL |
REBAT |
HARGA (SM) |
|
TIGGO 7 PHEV |
RM5,000 |
RM129,800 |
|
TIGGO 8 PHEV |
RM5,000 |
RM159,800 |
|
TIGGO CROSS (HEV) |
RM5,000 |
RM99,800 |
|
TIGGO CROSS (Turbo) |
RM5,000 |
RM88,800 |
|
TIGGO 7 PRO |
RM10,000 |
RM123,800 |
|
TIGGO 8 PRO |
RM15,000 |
RM159,800 |
Lawati Bilik Pameran Chery Terdekat
Kepada yang sedang mempertimbangkan untuk memiliki kenderaan baharu ini lah masanya untuk anda membuat pilihan.
Tawaran yang diberikan Chery ini sangat menarik ditambah dengan teknologi CSH yang canggih dan menjimatkan.
Untuk maklumat lanjut dan menilai dan merasa sendiri, sila berkunjung ke bilik pameran Chery berhampiran!































