Tesla bakal pasang EV versi murah di Giga Berlin

241

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk menyatakan bakal memasang kenderaan elektrik (EV) versi murah pada lawatan kemudahan Giga Berlin, Jerman, baru-baru ini.

Beliau berkongsi kemaskini rancangan pengeluaran EV secara besar-besaran pada harga EUR25,000 (RM124,518).



Musk berkata Tesla akan memasang EV versi murah di kemudahan tersebut. Ia merupakan perancangan untuk pengeluaran beberapa tahun yang dapat mencapai sektor pelanggan baharu.

Terutamanya bagi pelanggan yang tidak sanggup membelanjakan lebih daripada EUR30,000 (RM149,422) untuk EV baharu.

EV mampu milik itu juga difahamkan bakal dipasang di beberapa kemudahan lain termasuklah China dan Mexico.

Pada lawatan itu, Musk mendedahkan EV tersebut juga akan dipasang di Berlin untuk pasaran Eropah.

Musk kerap melawat kemudahan Tesla bagi pemeriksaan kemajuan pengeluaran dan operasi selain bertemu dengan pelbagai ahli pasukan, termasuk kakitangan yang bertanggungjawab untuk pembuatan.

Walaupun Tesla dapat mengurangkan harga kenderaannya dalam beberapa tahun kebelakangan ini, namun masih Model 3 masih belum dapat dimiliki pada harga EUR25k.

Musk telah lama merancang untuk menghasilkan EV lebih mampu milik, tetapi pada 2022 beliau menyatakan belum lagi menguasai teknologi itu dan menangguhkan rancangan.

Penganalisis di Loup Ventures menjangkakan kereta itu bakal membuat penampilan sulungnya pada 2024.

Selain itu, butiran terkini membayangkan ia bakal mempunyai reka bentuk yang diilhamkan oleh Cybertruck.

Musk juga berkata bahawa Tesla merancang untuk meliputi keseluruhan sektor konkrit kilang Berlin dengan seni.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here