Terkejut harga Tesla Cybertruck terlalu mahal, pelanggan batal tempahan

388

Tesla berkata penghantaran pertama Cybertruck akan bermula pada 30 November ini di kemudahan Giga Austin, Texas.

Pengeluaran Cybertruck pada asalnya dirancang pada akhir 2021. Namun, ditunda ke tahun 2022 dan dilanjutkan ke tahun ini. 



Bagaimanapun, Tesla masih belum mengumumkan harga akhir produk tersebut walaupun  penghantaran kumpulan pertama berbaki kurang daripada sebulan. 

Namun, ada dalam kalangan pelanggan yang mendakwa menerima panggilan dari Tesla bagi membuat pembayaran.

Lebih mengejutkan, harga akhir Cybertruck itu meningkat kira-kira 40 peratus berbanding angka yang diumumkan pada 2019. 

Berdasarkan dokumen kerajaan terkini dan penerimaan Tesla, nampaknya versi asas yang berharga USD40,000 (RM190,100) mustahil untuk dikeluarkan. 

Pada 2019, Tesla mengumumkan harga Cybertruck:

  • Motor tunggal RWD berharga USD39,900 (RM189,624)
  • Dua motor AWD berharga USD49,000 (RM237,150)
  • Tiga motor AWD, 804km berharga USD 69,900 (RM332,199)

Tetapi, model Tesla itu nampaknya lebih mahal daripada jangkaan pelanggan. Berdasarkan perkongsian dalam grup the Tesla CyberTruck, seorang pengguna menyatakan harga varian tiga motor AWD meningkat kepada USD98,990 (RM470,449).

Pelanggan menganggap ia terlalu mahal dengan tambahan pakej bantuan pemanduan autonomi penuh, yuran penghantaran, cukai, yuran pelesenan dan hak milik menjadikan nilai Cybertruck mencapai enam angka.

Harga itu membuatkan Cybertruck sukar dimiliki. Pada tahun 2019, pelanggan yang menempah model itu telah meminta pulangan yuran tempahan USD100 (RM475) dalam tempoh lima tahun.

Dengan pendedahan itu, kemungkinan lebih ramai pelanggan akan melakukan tindakan yang sama. 

Sebelum ini, Elon Musk mengesahkan akan ada kenaikan berbanding harga awal yang diumumkan.

Menurutnya, agak sukar menjadikan Cybertruck mampu milik kerana kaedah pembuatan baharu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here