Tempahan Tesla Cybertruck cecah 600,000 unit

1909

Tempahan untuk jentera ikonik dari Tesla, iaitu Tesla Cybertruck dilaporkan kini mencecah 600,000 dan dalam proses mencecah 1 juta tempahan sebelum dilancarkan pada tahun hadapan.

Apa yang lebih menarik, pesanan untuk jentera ini dijangka akan menjangkau kira-kira 1,000 unit sehari, walaupun keadaan dunia kini sedang dilanda pandemik Covid-19.



Menurut sumber yang diperoleh dari Cybertruck Owners Club dan beberapa dokumen tentang tempahan jentera ini, Tesla Cybertruck sudah ditempah sebanyak 622,000 unit sepanjang tempoh 21 November 2019 hingga 31 Mac 2020.

Kali terakhir CEO Tesla, Elon Musk mengumumkan tempahan jentera ini pada 26 November 2019 ialah sebanyak 250,000 unit. Ini bermakna peningkatan pesanan meningkat sebanyak 372,000 unit.

tempahan tesla cybertruck

Tidak hairan jika ramai yang menempah jentera ini kerana ianya hanya memerlukan bayaran wang deposit sebanyak $100 (RM435).

Jumlah ini sangat murah berbanding dengan Ford Mustang Mach-E, yang memerlukan $500 (RM2,179) untuk pembayaran deposit. Mustang Mach-E dilaporkan hanya ditempah sebanyak 50,000 buat masa sekarang.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here