Keretapi Express Rakyat Timuran langgar 14 ekor lembu di Bera

270

Seramai 341 penumpang dan kru Keretapi Express Rakyat Timuran (ERT) berdepan detik cemas apabila kereta api yang dinaiki melanggar 14 ekor lembu yang berkeliaran di KM84.5 hingga KM84.7 antara Stesen Bahau, Negeri Sembilan dengan Stesen Triang, Bera, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, bagaimanapun kejadian kira-kira jam 3.10 pagi itu tidak melibatkan kemalangan jiwa atau kecederaan melibatkan penumpang dan kru.

“Akibat pelanggaran itu mengakibatkan kerosakan pada enjin kereta api lapan gerabak itu, namun semua penumpang serta kru selamat.



“Ini adalah kejadian kali kedua berturut-turut. Kami juga menerima laporan, pada 31 Oktober, ERT yang membawa 400 penumpang dan lima kru melanggar lima ekor lembu yang berkeliaran di kawasan sama, pada jam 3.15 pagi,” katanya.

Insiden keretapi melanggar lembu kerap berlaku kebelakangan ini yang mengundang bahaya dan risiko kepada penumpang dan kru kereta api.

Beliau turut mencadangkan pihak penguatkuasaan berkaitan perlu mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan kejadian yang lebih buruk pada masa akan datang.

“Tindakan penternak membiarkan haiwan peliharaan mereka seperti ini adalah tidak wajar kerana ia membahayakan nyawa orang lain.

“Setakat ini, tiada lagi insiden yang menyebabkan kecederaan atau kehilangan nyawa, tetapi para penternak perlu diberi nasihat serta mengambil tanggungjawab dengan insiden yang berlaku ini,” jelasnya. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here