Kereta api sempat tekan brek elak lelaki tengah landasan

441

Pemandu kereta api di Thailand berkongsi detik cemas tren dipandunya nyaris melanggar seorang lelaki yang berdiri di tengah landasan, lapor laman berita Thaiger semalam. 

Choonya Sathiranon dan rakannya, Thepnurak Choochuai yang bekerja di daerah Hat Yai, Songkhla sedang mengendalikan kereta api ekspress nombor 169 apabila mereka melihat lelaki tidak dikenali itu berada di landasan.

Mereka segera menekan brek kecemasan untuk menghentikan kereta api, namun lelaki itu berada lebih dekat berbanding jarak berhenti standard untuk kereta api.



Lelaki yang didakwa ingin membunuh diri bernasib baik apabila kereta api tersebut sempat berhenti walaupun tidak sampai 10 meter dari lokasi dia berdiri. 

Jantung mereka berdegup kencang ketika kejadian, namun pemandu itu gembira kerana mereka berjaya mengelakkan kemalangan sekali gus menyelamatkan nyawa lelaki itu tanpa sebarang kecelakaan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here