Ducati Malaysia lancar kempen Merdeka, rebat tunai sehingga RM8,000

272

Sempena sambutan Merdeka dan Hari Malaysia, Ducati Malaysia melancarkan kempen ‘Tawaran Besar-Besaran Merdeka’ dengan menawarkan tawaran istimewa buat motosikal jenama Itali itu.

Bagi mereka yang mahu memiliki Ducati, kempen itu menawarkan rebat tunai sehingga RM8,000 untuk model terpilih. Kempen itu bermula sekarang sehingga 30 September ini.

Sama ada anda seorang penunggang berpengalaman atau pendatang baru dalam dunia Ducati, kempen eksklusif masa terhad itu memberi peluang untuk memiliki jentera berprestasi Itali.



Anda juga berpeluang untuk menunggang uji model Ducati yang memberikan gambaran yang mendalam tentang gaya hidup, keghairahan dan ekspresi bagi motosikal terbaik di dunia berkenaaan. Ini adalah masa untuk anda membuat temujanji untuk menguji jentera berkenaan.

Di samping itu, Ducati Malaysia juga melanjutkan promosi menarik dengan diskaun sehingga 35% untuk Pakaian rasmi Ducati, Barangan, Perkhidmatan Desmo, Aksesori dan Alat Ganti! 

Maklumat lanjut tentang kempen berkenaan, anda boleh melayari laman sesawang rasmi atau berkunjung ke pengedar Ducati seluruh negara kami seperti Ducati Petaling Jaya, Ducati Kuala Lumpur, Ducati Sungai Buloh atau Ducati Penang.

Selain itu, maklumat lanjut tentang jenama, produk dan acara Ducati, ikuti Ducati Malaysia di Facebook atau Instagram.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here