Kos baiki Tesla lebih mahal berbanding jenama EV lain

390

Kos baikpulih adalah salah satu faktor penting yang perlu dipertimbangkan apabila membeli kereta.

Jika anda fikir membaiki kenderaan selepas kemalangan hanya perlukan tukul dan sepana, mustahil perkara itu akan berlaku.



Berdasarkan laporan Automotive News, kos baik pulih selepas kemalangan bagi pemilik kereta elektrik (EV) tidak setinggi kenderaan ICE.

Secara purata, kos membaiki EV adalah lebih USD269 (RM1,285) berbanding kereta petrol. Walaupun harga EV lebih mahal kira-kira USD10,000 (RM47,770) berbanding kenderaan petrol.

Tetapi, kos baikpulih akan menjadi lebih mahal bagi pengguna Tesla yang mana penambahan kira-kira USD1,350 (RM6,448) daripada model ICE.

Kos membaiki kenderaan Tesla kekal tinggi berbanding kereta ICE bahkan juga jenama EV yang lain, menurut data suku ketiga daripada Mitchell.

Kos baikpulih secara purata bagi Tesla adalah USD 5,552 (RM2,6521) dan jenama EV lain (USD 4,474 – RM21,372) serta ICE (USD4,205 – RM20,087).

Ini bermakna Tesla lebih tinggi USD 1,347 (RM6,434) berbanding petrol dan jenama EV lain dengan perbezaan USD 269 (RM1,285).

Menurut laman web itu, kos pembaikan yang agak tinggi untuk Tesla kerana teknologi yang ditawarkan oleh syarikat itu. Misalnya, ciri keselamatan seperti kamera yang diletakkan sekeliling kereta.

“Ini, ditambah pula dengan kerumitan lain yang mendorong bil pembaikan dan premium insurans lebih tinggi,” jelas laporan itu. 

Oleh itu, tidak mengejutkan bahawa kos insurans pada Tesla juga tinggi. Menurut analisis daripada MarketWatch, purata perlindungan Tesla 2022 adalah 74 peratus lebih tinggi daripada purata di Amerika.

Walaupun Model 3 dan Y kini berharga lebih rendah daripada purata kereta di Amerika.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here