Utama Berita Automotif Cukai perkhidmatan baharu, vendor bakal tanggung kenaikan sekitar 1.88 peratus

[SIRI 3] Cukai perkhidmatan baharu, vendor bakal tanggung kenaikan sekitar 1.88 peratus

586

Pengumuman kenaikan cukai perkhidmatan (ST) 8-peratus bakal memberi impak kepada harga barangan.

Seperti mana ulasan pada siri satu dan dua, industri automotif tempatan juga tidak terlepas daripada kenaikan ST.



Apabila pelaksanaan kadar ST baharu tahun depan, akan meningkatkan kos perkhidmatan, termasuk bahan mentah dan komponen yang digunakan dalam pengeluaran kenderaan.
 
Pengerusi Persatuan Vendor-Vendor Proton, Thomas Lim Teck Ling berkata kenaikan tersebut berpotensi mempengaruhi kos operasi pihak vendor.
 
 
“Peningkatan kos seperti perkhidmatan pengangkutan, penyelenggaraan, pembekalan elektrik dan guaman bakal menambahkan kos input dan pengeluaran pembekal Proton.
 
“Sekiranya pihak vendor tidak dapat memindahkan kenaikan kos kepada Proton melalui kenaikan harga, ia akan memberi kesan pada penurunan margin keuntungan dan berpotensi menjejaskan kesihatan kewangan perniagaan pembekal,” katanya. 

Beliau juga tidak menolak kemungkinan peningkatan harga jualan akan ditanggung oleh pelanggan.

Jelasnya, pihak vendor akan cenderung menyalurkan kenaikan kos kepada Proton yang kemudian akan ditanggung oleh pengguna.

“Jika pembekal bersetuju menyerap sebahagian atau keseluruhan kenaikan kos input, jadi kesan kenaikan harga kereta Proton adalah kecil. Namun, margin keuntungan pembekal akan merosot, begitu juga Proton,” kongsinya kepada Motoqar. 

Berdasarkan pengiraan kasar, Thomas menjelaskan pihak vendor Proton bakal menanggung kenaikan sekitar 1.88 peratus yang bergantung kepada peratusan kos-kos input pembekal masing-masing.

Di bawah, contoh peningkatan kos perkhidmatan yang akan ditanggung vendor Proton: 

Sebelum (6%)

  • Pengangkutan : RM1,000 + RM60 = RM1,060
  • Penyelenggaran : RM500 + RM30 = RM530
  • Elektrik : RM1,000 + RM60 = RM1,060
  • Guaman : RM100 + RM6 = RM106

Jumlah : RM2,756

Selepas (8%)

  • Pengangkutan : RM1,000 + RM80 = RM1,080
  • Penyelenggaran : RM500 + RM40 = RM540
  • Elektrik : RM1,000 + RM80 = RM1,080
  • Guaman : RM100 + RM8 = RM108

Jumlah : RM2,808

*Klik sini untuk baca artikel SIRI 1 & SIRI 2……membaca jambatan ilmu gais…

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here