Video tular ‘makan tak bayar’, polis cari pemandu Myvi guna nombor plat palsu

335

Polis sedang mengesan pemandu Perodua Myvi yang memandu secara merbahaya selepas hasil semakan mendapati menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata pihaknya mengesan satu video tular di aplikasi X yang dimuatnaik akaun @nanmanjoi8715.

“Pihak polis telah mengesan satu video tular yang memaparkan Perodua Myvi sedang dikejar oleh seorang penunggang motosikal sambil mengeluarkan kata-kata ‘makan tak bayar”.



“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 17 Oktober lalu pada jam kira-kira 12.30 tengah hari di sebuah gerai makanan tepi jalan di kawasan Kampung Jambu, Kajang,” katanya.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak menerima laporan daripada mana-mana pihak berkaitan kejadian sehingga kini.

Pihak polis meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut untuk menghubungi balai polis yang berdekatan.

“Boleh juga menghubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor Somasurehsan Munusamy di talian 016-4915193 di daerah Kajang bagi membantu siasatan,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here