Bidaan tertinggi nombor plat M1M bernilai RM622k, JPJ rekod jumlah kutipan RM20 juta

649

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia merekodkan kutipan sebanyak RM20,091,970 bagi Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri M_M dalam tempoh lima hari bermula 31 Ogos hingga 4 September lalu.

Nombor plat M1M merekodkan bidaan tertinggi iaitu RM622,000 diikuti M5M pada harga RM500,000 dan M8M (RM450,000).



Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, JPJ menyatakan menerima sambutan luar biasa yang mana jumlah pembida siri NPI itu adalah seramai 25,033 orang dan sebanyak 6,872 pembida berjaya mendapatkan nombor pendaftaran masing-masing.

Lima nombor yang paling banyak dibida ialah M101M seramai 39 orang diikuti M155M (33) dan M51M (32). 

Siri M_M bermaksud “Malaysia Merdeka”  mendapat sambutan daripada pelbagai pihak
bagi menunjukkan semangat dan menyemarakkan Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2023.

Di bawah ini senarai bidaan siri M_M tertinggi dan terbanyak:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here