Motor terbabas, peserta RXZ Members 5.0 maut di LPT 2

806

Seorang peserta program RXZ Members 5.0 maut selepas motosikal ditunggang terbabas dalam kemalangan di KM255.8, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Kemaman, pagi tadi.

Mangsa, Muhammad Luqman Misnan, 30, bersama dua lagi, rakan dikatakan dalam perjalanan secara berkonvoi dari Kuantan menghala ke Gong Badak di Kuala Nerus sebelum Yamaha RX-Z dinaiki terbabas kira-kira jam 11 pagi.



Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, mangsa yang berasal dari Banting, Selangor meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Menurutnya, dua lagi rakan mangsa, Aswade Ahmad, 36, dari Felda Kemasul, Triang, Pahang patah tangan kiri dan kaki kanan sementara Harry Aizam Hanafiah, 35, dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan patah tangan kiri.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa telah hilang kawalan lalu melanggar dua buah lagi motosikal yang berhenti di bahu kiri jalan menyebabkan ia terseret sejauh 37.5 meter.

“Kita dapati mangsa yang meninggal dunia mempunyai lesen memandu manakala dua lagi tidak mempunyai lesen memandu,” katanya.

Hanyan memberitahu, mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Unit Forensik, Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut bagi mengenal pasti punca kematian manakala mangsa yang cedera parah dirawat di Hospital Kuantan.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here