[Video] Tok bilal Pattani naik Yamaha RX-Z harga RM600

605

Seorang pengguna TikTok berkongsi sebuah video menunjukkan seorang lelaki menolak Yamaha RX-Z yang dipercayai di Selatan Thailand daerah Pattani.

Menerusi kapsyen video menyatakan “Tok bilal Pattani naik RXZ RM600 jah.”

@woklong88

Otai RXZ Member Thai #rxz #rxz_members_official

♬ original sound – Wok Long – Wok Long



Dalam video berkenaan, bilal tersebut tidak ingin menjual motosikal dua lejang itu walaupun ditawar pada harga mahal.

“Harga RM600 sahaja, tapi saya tak nak jual. Biarlah buruk pun,” katanya. 

Perakam video memberitahu jentera berkenaan cukup bernilai tinggi di Malaysia sehingga boleh mencecah ribuan ringgit.

Nilai Yamaha RX-Z di Malaysia bernilai tinggi sehinggakan ada yang sanggup menukarnya dengan sebidang tanah.

Video berkenaan mendapat perhatian daripada netizen yang mana rata-rata meminta perakam tidak mendedahkan nilai jentera itu di Malaysia.

“Jangan kabo dia harga kat Malaysia mahal,kekgi jual mahal jugok orhh.”

“Kalau harga dekat pattani murah. susah nak tukar nama subsidi incometax murah.”

“Loni 4k dah rxz thai bo nak ngutik bre ori 55k.”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here