Porsche Cayenne CKD baharu, dipasang eksklusif untuk pasaran Malaysia harga bermula RM599,999

405

Porsche Malaysia, yang diwakili oleh Sime Darby Auto Performance melancarkan Porsche Cayenne pemasangan tempatan (CKD) baharu yang dibuat secara eksklusif untuk pasaran tempatan.

SUV mewah itu tampil dengan ciri peningkatan dari segi sistem casisnya, berteknologi tinggi yang inovatif, serta konsep paparan dan kawalan digital. 



Cayenne baharu dipertingkatkan untuk Malaysia dengan padanan Adaptive Cruise Control, soft-close doors dan Pakej Sport Chrono datang sebagai standard.

Cayenne dilengkapi lampu hadapan LED Matrix secara standard dengan bentuk yang lebih tajam daripada sebelumnya, selain lampu belakang baharu juga kini mempunyai ketinggian seragam.

Pada masa sama, ia juga menerima Porsche Active Suspension Management, Power Steering Plus, rim 20 inci, Bantuan Parkir Depan dan Belakang dengan kamera 360 darjah.

Di bahagian dalam, dilengkapi dengan tempat duduk elektrik 14 hala dengan pakej memori sebagai standard.  

Tempat letak kepala di tempat duduk hadapan juga timbul dengan lambang Porsche sebagai standard untuk Malaysia, begitu juga tirai gulung elektrik untuk tingkap belakang.

Malah, ia dilengkapi dengan Sistem Bunyi Bose Surround dan Dulang Telefon Pintar dengan Pengecasan Induktif sehingga 15 watt.

Bagi memberi pilihan warna, ia ditawarkan dengan Chromite Black Metallic, Carrara White Metallic dan Quarzite Grey Metallic, serta pilihan warna hitam dan kulit merah umtuk bahagian dalaman.

Malah, ia juga boleh ditempah menerusi online mycayenne.online yang mana ia dijual bermula RM599,999. Bagi 250 tempahan pertama akan menerima kunci yang dipadankan dengan warna luaran pilihan kenderaan dan penghantaran kepada pelanggan akan bermula seawal akhir tahun ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here