“Alhamdulilah berjaya bida nombor plat, ini bukti Mamu lawan scalper,” Sharnaaz Ahmad

5120

Pelakon Sharnaaz Ahmad berkongsi berjaya membida nombor plat idaman ‘PRA 85’ selepas menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap sistem bidaan nombor plat JPJeBid, baru-baru ini.

Sharnaaz, 38 berkata kemenangan itu membuktikan dia berjaya mengalahkan scalper (ulat nombor) yang membeli secara pukal dan menjual semula pada harga tinggi.



“Dah dapat result alhamdulilah kita menang, dah dapat dah (PRA 85) syukur alhamdulilah berjaya..walau tak mandi semalam.

“Mamu nak buktikan Mamu lawan dengan scalper, fight sama-sama,” katanya menerusi video yang dikongsi di akaun Instagramnya. 

Pelakon asal Pulau Pinang berkenaan meluahkan rasa tidak puas hati apabila scalper menjual nombor plat bidaan dengan mengaut keuntungan yang tinggi.

“Mungkin dia nak cari makan..ok aje cari makan, its ok semua manusia cari makan tapi berpada-padalah jangan sampai menghimpit.

“Bukan nak kecoh tetapi aku rasa benda ni kita cuma nak adil dan be fair kalau tak boleh tengah-tengah atas sikitpun takpa.

“Mungkin setengah orang cari makan dengan cara macam ni cuma jangan menekan sangat,” luahnya.

Menerusi video berkenaan, Sharnaaz juga menunjukkan bidaan nombor plat M_M yang awalnya dibida sekitar RM20k dan dijual semula hingga RM50k.

“Saya tidak boleh terima lagi benda kecil ini. Nombor plat M**M hampir RM50,000. Aku berani jamin, paling tinggi dia bida RM20,000 saja. Dia untung RM30,000,” katanya. 

Dalam video tersebut, pelakon Polis Evo 3 itu memohon pihak Jabatan Pengangkutan Jalan menambahbaik sistem JPJeBid agar tidak berlaku kesesakan ketika trafik tinggi.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad)

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here