Azhar Sulaiman tutup bidaan nombor plat MAF14

494

Azhar Sulaiman memaklumkan sudah ada beberapa individu yang berminat untuk membida nombor pendaftaran kenderaan, MAF14.

Pelakon berusia 52 tahun itu menutup proses bidaan malam semalam seperti yang dinyatakan sebelum ini.

“Ada beberapa yang menyatakan minat, tetapi belum pasti lagi. Malam ini (semalam) Insya-Allah saya akan tutup proses bidaan,” katanya.



Bagaimanapun, Azhar memilih untuk merahsiakan sebab utama beliau menjual plat kenderaan berkenaan.

Terdahulu, Azhar memaklumkan mahu menjual nombor pendaftaran kenderaan miliknya, MAF14 pada harga bidaan bermula RM1.85 juta.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here