Lelaki naik jet ski sejauh 300km dari China ke Korea Selatan

441

Pengawal pantai Korea Selatan menahan seorang warga China yang cuba memasuki negara itu dengan menaiki jet ski dari China.

Memakai jaket keselamatan dan topi keledar, lelaki itu menyeberangi Laut Kuning menggunakan jet ski 1800 cc dari wilayah Shandong, menggunakan teropong dan kompas untuk mengemudi dan menunda lima tong minyak, kata pegawai.



“Dia mengisi semula petrol dalam perjalanan dan membuang tong kosong ke laut,” kata pengawal pantai dalam satu kenyataan media.

Lelaki China itu melakukan perjalanan sejauh lebih 300km sebelum tiba di Korea Selatan.

Apabila jet skinya tersangkut di kawasan pasang surut berhampiranĀ bandar pelabuhan barat Incheon, lelaki itu terpaksa meminta bantuan.

Pengawal pantai berkata lelaki yang tidak dikenalpasti itu ditangkap selepas cuba menyeludup masuk ke Incheon.

Pihak berkuasa berkata mereka tidak menemui sebarang tanda bahawa lelaki itu adalah seorang pengintip.

AKTIVIS CHINA

Pelarian jet ski itu ialah aktivis hak asasi China Kwon Pyong, menurut juru kempen yang berpangkalan di Korea Selatan Lee Dae-seon dari NGO Dialogue China.

Kwon, 35, menyiarkan gambar di media sosial yang mengejek Presiden China Xi Jinping, dan menghabiskan masa di penjara di China kerana aktiviti subversif, Lee memberitahu Agence France-Presse pada hari Selasa.

“Walaupun cara dia masuk ke Korea Selatan adalah salah dengan melanggar undang-undang, pengawasan pihak berkuasa China dan penganiayaan politik terhadap Kwon sejak 2016 adalah sebab perpindahannya ke Korea Selatan yang membahayakan nyawa,” kata Lee.

Kwon telah menjadi pengkritik lantang terhadap pemerintahan autoritarian di China dan pada 2014, beliau menyertai demonstrasi pro-demokrasi di Hong Kong, menurut organisasi hak asasi manusia Freedom House.

“Dia kini sedang menimbang sama ada mahu memohon status pelarian di Korea Selatan atau memilih negara ketiga,” kata Lee.

Korea Selatan hanya memberikan sejumlah suaka untuk pelarian, setiap tahun. Bagaimanapun, kedutaan China di Seoul tidak memberikan ulasan mengenai insiden berkenaan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here