Video pandu Aston Martin Valkyrie guna sebelah tangan bocor, Max Verstappen bakal dikenakan tindakan

591

Juara dua kali F1, Max Verstappen dikhabarkan bakal berdepan tindakan undang-undang selepas video memandu Aston Martin Valkyrie mengunakan satu tangan tular dalam talian.

Pemandu Belanda itu, dilihat memandu Valkyrie yang direka oleh Ketua Pegawai Teknikal Red Bull, Adrian Newey, sambil menggunakan skrin sentuh.



Bagaimanapun, di sebalik beberapa pujian awal daripada peminat yang teruja di media sosial, kini dikhabarkan Verstappen boleh didakwa kerana membahayakan nyawa pengguna lain.

Max Verstappen difahamkan mencapai 120kmj di laluan had laju 90kmj. Valkyrie digerakkan rangkaian kuasa hibrid dengan enjin V12 dan menggunakan konsep dan teknologi dari kereta F1.

Enjin 6.5 liter V12 Aston Martin-Cosworth aspirasi semulajadi pada Valkyrie berkuasa 1,000hp @ 10,500 rpm dan tork 740Nm @ 7,000rpm. Digabungkan bersama sistem elektrik, kereta hyper itu menjana kuasa 1,139hp dan tork 900Nm.

Hanya 150 buah Valkyrie dikeluarkan dan setiap satu yang memerlukan lebih 2,000 jam untuk disiapkan. Daripada 150 buah, 85 adalah model spider dan 40 model litar Valkyrie AMR Pro.

Aston Martin Valkyrie dijual pada harga GBP2.5 juta(RM14.7 juta).

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here