SYM Tuscany 150 rasmi lancar, harga RM8,888

1188

SYM Tuscany 150 rasmi lancar ke pasaran tempatan pada harga RM8,888 seunit. Skuter klasik itu didatangkan dengan dengan tiga warna iaitu merah, kelabu dan putih.

Skuter itu dijana oleh enjin 149.6cc satu silinder 4-lejang yang menghasilkan kuasa 8.5Kw @ 8,000rpm dan tork maksimum 11.4Nm @ 5,500rpm bersama transmisi CVT.



Ciri peralatan yang ditawarkan pada skuter berkenaan antaranya Smart Key System dengan penggera anti-curi.

Sistem kunci pintar itu berfungsi menghidupkan dan mematikan enjin serta membuka ruang simpanan dan tangki bahan bakar tanpa perlu mengeluarkan kunci dari poket.

Penampilan klasik dan moden diserlahkan menerusi pencahayaan LED pada lampu depan dan belakang manakala paparan LCD digital penuh, membekalkan informasi tunggangan.
 
Untuk kemudahan para penunggang, SYM Tuscany 150 turut dilengkapi dengan slot pengecas USB.
 
 SYM Tuscany 150 menawarkan pecutan yang seimbang dan prestasi tahan lama. Ia sesuai untuk penggunaan harian dalam bandar atau perjalanan jauh, menjadikannya pilihan serba boleh.
 

Skuter itu didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn Bhd.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here