CFMOTO 800NK Advanced berlabuh di Malaysia, harga RM38k

308

CFMOTO Malaysia memperkenalkan model terbaru, 800NK Advanced pada harga RM38,888. 

Pasaran tempatan menerima dua pilihan warna iaitu Zircon Black dan Nebula White. Berikut informasi ringkas tentang CFMoto 800NK Advanced:

  • Menggunakan enjin 799cc DOHC yang menghasilkan kuasa  74kW @ 9,500rpm dan tork 81Nm @ 8,000rpm.
  • Dilengkapi dengan klac slipper.
  • Menggunakan suspensi KYB terbalik boleh laras di depan dan KYB tunggal di belakang bersama tayar bersaiz 120/60-17 (depan) dan 180/55-17 (belakang).
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) meningkatkan kawalan dan kestabilan tekanan brek pada tayar.
  • Tawaran Smart Key System berfungsi untuk menghidupkan, mematikan enjin, membuka ruang simpanan dan tangki bahan bakar tanpa perlu mengeluarkan kunci dari poket anda. 
  • Skrin TFT bersaiz 8-inci boleh disambung ke telefon pintar menerusi bluetooth yang memaparkan navigasi dan muzik.
  • Kemaskini perisian boleh dilakukan menerusi OTA (Over-The-Air).


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here