JPJ buka bidaan nombor plat istimewa M_M bermula Khamis ini

646

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia mengumumkan pembukaan pendaftaran bidaan nombor pendaftaran istimewa prefiks M (depan) dan sufiks M (belakang) iaitu siri M_M bermula Khamis (31 Ogos) ini sehingga 4 September (Isnin).

Tanda Indeks Nombor Pendaftaran Istimewa siri M_M tersebut membawa maksud Malaysia Merdeka bersempena Hari Kebangsaan tahun ini. 



Bagi anda yang berminat boleh membuat bidaan menerusi talian JPJebid dan keputusan akan diumumkan pada 5 September (Selasa). 

Harga bidaan adalah mengikut harga minimum yang ditetapkan iaitu:

  • Nombor Bernilai Utama (Golden) : RM20,000
  • Nombor Menarik (Attractive) : RM3,000
  • Nombor Popular (Popular) : RM800
  • Nombor Biasa (Running) : RM300

Nombor pendaftaran yang berjaya dibida mestilah didaftarkan pada sebuah kenderaan dalam tempoh dua belas (12) bulan dari tarikh surat keputusan bidaan rasmi dikeluarkan.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here