Polis wanita didakwa pakai jam tangan mewah, rupanya harga RM570

710

Jam tangan dipakai pegawai polis wanita yang didakwa mewah hanya bernilai RM570 dan dibeli dari sebuah premis di Genting Highlands, Pahang.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati jam tangan mirip jam mewah itu di beli di Genting Premium Outlet (GPO).

“Pihak JIPS sudah membuat siasatan, hasil siasatan pegawai wanita itu menyerahkan resit pembelian dan membuktikan jam tersebut bernilai RM570.



“Pegawai kanan wanita itu berkhidmat di Pulau Pinang dan sudah beri bukti pembelian dan punca kewangan,” katanya.

Masyarakat diminta untuk tidak membuat tuduhan melulu sehingga menyebabkan kegentaran awam.

“Saya minta supaya masyarakat di luar sana periksa terlebih dahulu sebelum menularkan perkara sebegini.

“Sebarang aduan memang kita akan siasat, masyarakat juga dialukan untuk menyalurkan maklumat kepada pihak kami dengan cara yang betul,” katanya.

Terdahulu, tular satu gambar yang mendakwa seorang pegawai polis wanita memakai jam tangan mewah ketika sidang media kejayaan polis di Pulau Pinang.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here