Polis kesan individu rakam kereta dengan jaket polis didakwa halang lalu lintas

937

Pihak polis sedang mengesan individu yang merakam gambar sebuah kereta didakwa milik anggota polis yang meletakkan ‘double parking’ (parkir berlapis) bagi membantu mengenalpasti pemilik kenderaan tersebut.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata foto yang tular itu menunjukkan Proton Saga berwarna hitam menghalang lalu lintas sebuah jalan yang mana kejadian dipercayai berlaku di Persiaran Brash, Ipoh berhampiran Padang Polo.



“Pihak polis meminta individu merakam gambar tersebut pada masa kejadian supaya berhubung Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Daerah Ipoh, DSP Koo Boon Kuat di talian 016-4173222.

“Pihak berkuasa juga ingin memberi nasihat kepada orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kandungan hantaran berkenaan sehingga menjejaskan siasatan mahupun reputasi PDRM,” katanya.

Kelmarin, perkongsian Hanake Shimizu di akaun Facebooknya tular yang menunjukkan sebuah kenderaan mengakibatkan kesesakan yang teruk kepada pengguna lain.

Tindakan itu mengundang kecaman apabila pemilik kenderaan tidak meninggalkan nombor telefon, yang ada hanyalah jaket polis di bahagian papan pemuka kereta.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here