Parkir berlapis, tiada nombor telefon tapi ada jaket polis

2452

Kecoh di media sosial apabila sebuah kereta yang didakwa milik anggota polis telah meletakkan ‘double parking’ (parkir berlapis) di sebuah kawasan rekreasi.

Menerusi perkongsian Hanake Shimizu di akaun Facebooknya, kereta berkenaan telah mengakibatkan kesesakan yang teruk kepada pengguna lain.

Tambah pula, tiada sebarang nombor telefon yang ditinggalkan, cuma yang ada hanyalah jaket polis di bahagian papan pemuka kereta.



“Ingin beriadah lepas itu ‘double park’ tengah jalan sampai jadi sesak teruk. Tidak tinggal nombor telefon tetapi letak ‘vest’ polis,” tulis pengguna tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, Kosmo! mendapati ramai mengecam tindakan pemilik kenderaan yang kononnya seorang anggota polis kerana tidak bertanggungjawab kepada pengguna jalan raya lain.

“Jadi kalau letak jaket polis di ‘dashboard’ bolehlah letak kereta merata-rata?,” komen Muhammad.

“Awak sebagai orang atasan ini kena tunjuk contoh kepada masyarakat bukannya berkelakuan sebegitu,” komen Ilham.

“Ini mesti polis bantuan. Tak pun konstabel baru keluar rekrut bulan lepas. Jarang anggota lama atau pegawai perangai tayang ‘vest’ depan cermin macam ini,” komen pengguna yang lain pula. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here