Rajin dan setia lebih 10 tahun, majikan beli Proton Saga buat pekerja Indonesia

1039

Memberi ganjaran mahupun bonus merupakan cara terbaik untuk menghargai prestasi pekerja dalam syarikat.

Namun, kakitangan ini bertuah bukan sahaja bekerja di bawah majikan yang baik bahkan memberinya  sebuah kereta baharu.

@viviproton

很有福气的一位员工 老板送大礼给他作为奖励🎁🎁 顾客说 这是他一位很好地员工 👍#viviproton #汽车销售顾问 #congratulations #proton #sales #advisor #johor #送员工的礼物

♬ 原聲 – Hs Vivi Proton – Hs Vivi Proton



Seorang pembantu jualan salah satu wakil pengedar Proton di Johor berkongsi kisah menyentuh hati itu menerusi akaun TikTok @viviproton menyatakan salah seorang pelanggannya membeli Proton Saga untuk pekerja Indonesianya. 

Pelanggan berkenaan bertanyakan stok sedia ada Proton Saga dan bagi memberi kejutan majikan cina berkenaan meminta lelaki tersebut datang ke pusat jualan Proton tersebut.

Sebaik menyedari kereta tersebut untuknya dia terdiam dan tunduk dengan penuh rasa syukur. Dalam video itu, mereka mengambil gambar bersama lalu bos itu memberikan kunci kereta kepadanya.

@viviproton

顾客拍下这一刻感人的一幕😭, 当下我看到他感动到 我才想起跑回公司拿手机 这一刻顾客拍下来了他在公司服务了超过10年 得到老板的肯定及表扬 #viviproton #汽车销售顾问 #johor #proton #sales #advisor #Saga #好老板 #好员工 #感人一幕

♬ 原聲 – Hs Vivi Proton – Hs Vivi Proton

Kerana status sebagai warga asing, sukar buat lelaki berkenaan memohon pinjaman bagi membeli kereta. Oleh itu, majikannya mengambil keputusan membeli sebuah kereta dan membayar penuh kenderaan berkenaan dan meletakkan nama pekerjanya sebagai pemilik.

Jelas majikan tersebut lelaki berkenaan sudah bekerja dengannya lebih daripada 10 tahun dan merupakan seorang pekerja yang rajin.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here