Kegiatan seludup RX-Z lumpuh sejak pangkalan haram Sungai Golok ditutup

49
Gambar hiasan

Kegiatan penyeludupan Yamaha RX-Z dari Thailand ‘lumpuh’ sejak polis menutup pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok di Kelantan pada 1 Disember tahun lalu.

Perkara itu diakui oleh Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah yang melihat kegiatan itu semakin sukar dilakukan.

“Sejak Polis Kelantan tutup pangkalan haram, aktiviti penyeludupan menjadi semakin sukar untuk dilakukan. Sebelum ini sindiket penyeludupan menggunakan sampan untuk membawa masuk RXZ secara tidak sah,” katanya. 

Menurut beliau, berkemungkinan besar sindiket penyeludupan akan beralih kepada kegiatan membawa masuk aksesori.

Katanya, bagaimanapun setakat hari ini pihaknya belum ada rekod kegiatan tersebut.

Mohd Misuari memberitahu, pihaknya menyokong penuh tindakan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat menutup pangkalan haram.

ARTIKEL LAIN

Beli RX-Z seludup perbuatan sia-sia – JPJ Kelantan

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here