Enggan bayar RM15, wanita kongsi ‘ulat parkir’ Bukit Bintang calar kereta

248

Seorang pengguna TikTok berkongsi diugut ulat parkir Bukit Bintang selepas enggan membayar caj RM15.

Dalam video itu, wanita tersebut mempersoalkan tindakan ‘kak long kawasan’ berkenaan yang mendakwa keseluruhan petak parkir di kawasan berkenaan di bawah jagaannya.



“Area Maybank Bukit Bintang, ugut saya kalau tak bayar parking. Tengok kereta aku jadi apa.

“Lepas tu siap claim kata semua tempat parking dia punya suka-suka letak harga RM15 setiap satu kereta,” tulisnya pada video. 

Bahkan, dia turut menunjukkan kesan calar pada bahagian pintu kereta putih miliknya dipercayai dilakukan ulat parkir tersebut.

Wanita itu berkongsi telah membuat laporan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkaitan kejadian tersebut.

@

♬ –

Menerusi laporan yang dikongsi, terdapat dua wanita warga tempatan dan tiga lelaki warga asing memungut caj parkir sebanyak RM15 bagi setiap kenderaan di lokasi berkenaan.

“Jika enggan membayar wang tersebut, wanita yang bernama Kak Ara mengugut melakukan sesuatu pada kereta,” tulisnya. 

Susulan perkongsian itu, ada antara netizen berkongsi pengalaman yang sama di ruangan komen:

“Kak ara dh lama..saya keje area sana dari tahun 2014 sampaii 2018..area food court 33..Maybank..wolo dia jaga.”

“Semalam saya g nak makan sharwama..pun kena 15 hegget die hentaknya..last parking dekat wisma chuang tu senang.”

“Aku pernah kena juga. Dan dan dia kata ada lesen. Nyirap.”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here