Ulat parkir Bukit Bintang dipenjara dua bulan

88
Dua orang penjaga parkir haram di Jalan Sultan Ismail dan Lorong Pudu 14 dijatuhkan hukuman penjara dua bulan berkuatkuasa serta merta selepas ditahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam Ops Jaga Siri 17.
 
Operasi yang dijalankan di Jalan Sultan Ismail (Maybank Bukit Bintang) dan Lorong Pudu 14, Bukit Bintang itu memfokuskan tindakan tegas ke atas individu yang menjalankan aktiviti parkir tanpa kebenaran di kawasan awam.
 
“Hasil keputusan mahkamah mendapati seorang penjaga parkir haram di Jalan Sultan Ismail telah dijatuhi denda RM1,200 dan penjara dua penjara, manakala keputusan muktamad menyaksikan pesalah dikenakan hukuman penjara dua bulan serta merta.
 
 
“Hasil risikan dan operasi bersepadu yang dijalankan, beberapa individu telah ditahan kerana melakukan kesalahan mengarah atau menjaga kenderaan tanpa kuasa sah di jalan awam atau kawasan tempat letak kereta awam.
 
“Tangkapan dibuat setelah mereka dikesan aktif mengutip bayaran parkir haram dan mengawal laluan awam di lokasi tersebut serta individu yang ditahan dibawa ke Jabatan Penguatkuasaan DBKL untuk proses dokumentasi dan pendakwaan,” menurut kenyataan. 
 
Pihak DBKL menegaskan terus komited memastikan jalan raya dan petak parkir awam bebas daripada eksploitasi pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan mengutip wang parkir tanpa kuasa sah.
 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here