Utama Berita Automotif Morbidielli T252X & T502X: Dua adventure baharu, dua personaliti berbeza bermula RM16,888

Morbidielli T252X & T502X: Dua adventure baharu, dua personaliti berbeza bermula RM16,888

5

Mforce Bike Holdings Sdn Bhd terus agresif dalam segmen adventure apabila memperkenalkan dua model baharu di bawah jenama Morbidielli menerusi T252X dan T502X.

Kedua-duanya akan mula berada di pasaran pada Disember ini, namun setiap model membawa karakter dan tujuan yang berbeza.

Morbidielli T252X – Adventure Ringan, Tapi Dua Silinder!

T252X bukan versi ‘adik’ kepada T250X, sebaliknya sebuah model yang benar-benar berbeza kerana ia hadir dengan enjin Twin In-Line 249.5cc DOHC 8-injap, menghasilkan 31.5hp pada 11,000 rpm dan 21Nm pada 9,500 rpm. Ya, ini dua silinder dan itu sudah cukup membezakan karekternya dari kebanyakan adventure 250cc lain di pasaran.

Enjin berkenaan dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan dan slipper clutch, memberi kelebihan ketika menuruni gear secara agresif, terutamanya ketika mendaki atau menuruni laluan berbukit.

Dari segi binaan, Morbidielli memilih Perimeter Frame bersama jarak roda 1,405 mm dan tangki besar 18 liter, ciri yang jarang dipadankan pada model 250cc. Kombinasi ini membuatkan T252X lebih stabil untuk perjalanan jarak jauh.

Bahagian suspensi menampilkan fork USD 41 mm (160 mm travel) dan monoshock Pro-Link 56 mm, manakala kuasa hentian datang daripada cakera 300 mm di depan dan 240 mm di belakang, lengkap BOSCH ABS Dual Channel.

Tayar pula menggunakan jenama premium — Pirelli 110/80-19 (depan) dan 150/60-17 (belakang). Ini memberi cengkaman lebih meyakinkan di jalan raya atau laluan berbatu.

Untuk kelengkapan elektronik, T252X hadir dengan paparan TFT menegak 7 inci, Traction Control (TCS), sistem TPMS, tiga mod tunggangan, suis handle bercahaya dan port USB Type-A & Type-C.

Harga bermula RM16,888 menjadikannya antara adventure twin 250cc paling berbaloi dalam pasaran.

Morbidielli T502X – Adventure 500cc Dengan Ciri Touring Penuh

Jika T252X untuk penunggang yang mahukan adventure ringan, T502X pula sesuai untuk mereka yang mahukan power sebenar. Model ini dipacu oleh enjin 486cc Twin DOHC 8-injap, dengan 47hp pada 8,500 rpm dan 45Nm pada 6,750 rpm, dipadankan Marelli EFI, slipper clutch dan transmisi 6-kelajuan.

T502X dibina atas rangka Diamond Frame, jarak roda 1,465 mm, tangki besar 18 liter dan tempat duduk 840 mm. Kombinasi tipikal bagi model touring yang memerlukan kestabilan pada kelajuan tinggi.

Bahagian suspensi terdiri daripada fork USD 43 mm (180 mm travel) dan Pro-Link monoshock 69 mm, manakala brek hadapan menggunakan cakera berkembar 300 mm J.Juan 2-piston, disertakan cakera belakang 240 mm. Sistem keselamatan pula dilengkapi BOSCH ABS Dual Channel.

Tayar Pirelli digunakan untuk kedua-dua bahagian: 110/80-19 di depan dan 150/70-17 di belakang, sesuai untuk kombinasi on-road dan off-road.

Untuk aspek elektronik, T502X tidak kurang menarik. Ia hadir paparan TFT menegak 7 inci, Traction Control (TCS), TPMS, dua mod tunggangan, Bluetooth, T-BOX lengkap APP + SOS, navigasi terbina, suis handle bercahaya serta USB Type-A dan Type-C.

Model itu dijual bermula RM28,888, jauh lebih rendah berbanding kebanyakan adventure 500cc lain.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here