
Seorang pengguna TikTok berkongsi diminta membayar parkir di kawasan popular Pasar Seni.
Dalam video tersebut, pemuda berkenaan merakam situasi yang memaparkan dia didatangi dua lelaki yang menuntut bayaran parkir, meskipun dipercayai kawasan berkenaan merupakan parkir awam.
Lelaki berkenaan dengan tegas enggan membayar caj tersebut dan meminta lelaki berkenaan menunjukkan lesen sebagai joki parkir.
Dia juga mempersoalkan hak individu tersebut untuk mengutip bayaran di kawasan parkir awam tersebut.
@rillo____ Tolong collect budak budak camni tahu nk duit haram je #fyppppppppppppppppppppppp
“Abang tak nak bayar abang chow, saya malas nak bertekak,” jawab ulat parkir berkenaan.
Perkongsian video itu mendapat respons yang pelbagai daripada netizen. Ruang komen dibanjiri dengan pelbagai cerita dan pengalaman serupa yang mana mengaku pernah menjadi mangsa ‘ulat parkir’ di kawasan yang sama atau di lokasi ibu kota yang lain.
Bahkan mereka meminta pihak berkuasa tempatan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menjalankan kegiatan ‘ulat parkir’ ini.
Operasi berterusan perlu dijalankan bagi membendung aktiviti haram ini daripada terus berleluasa dan mengganggu ketenteraman awam.
ARTIKEL LAIN
DBKL : Kes ‘ulat parkir’ calar kereta, lokasi tersebut diuruskan joki lepas waktu pejabat