[Video] Suka-suka minta duit, ulat parkir Bukit Bintang ‘pau’ RM10

62

Kegiatan ulat parkir di sekitar Bukit Bintang bukanlah perkara baharu yang sememangnya menjadi tumpuan pelancong dan rakyat tempatan.

Ramai yang meluahkan rasa terbeban dengan tindakan individu-individu ini yang sering kali meminta bayaran di ruangan parkir awam.

Sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok memaparkan gelagat dua individu yang didakwa meminta bayaran parkir RM10.

Pengguna TikTok yang menggunakan nama akaun @apitbull69 itu meluahkan rasa tidak puas hati dalam kapsyen video, “Senang buat duit eh kat area Bukit Bintang@Jalan Alor, ni modal torchlight, naik motor tak pakai helmet, terjerit-jerit auto parking ni nenek dia yang punya suka-suka ambil duit.”

@apitbull69

Senang buat duit eh kat area bukit bintang@jalan alor, ni modal torchlight, naik motor x pakai helmet , terjerit2 auto parking ni nenek dia yg punya suke2 ambil duit, #malaysia #viralmalaysia #fyp #bukitbintang #jalanalor

♬ original sound – apitbullmmaᴮʳᵃʷˡᵉʳ🥊 – apitbullmmaᴮʳᵃʷˡᵉʳ🥊

“Tak habis2 dari dulu penjaga parking haram ni pau duit parking haram dengan harga yang tinggi kalau tak bayar kemungkinan kereta kene calar jadi ambil video record senang nak jadikan bahan bukti kalau terjadi apa-apa,” tulisnya. 

Rakaman video yang kini telah mencecah ribuan tontonan itu menunjukkan interaksi ringkas antara perakam dengan pemuda berbaju hitam berkenaan yang dipercayai ulat parkir.

Bagaimanapun, kedua-duanya meninggalkan lokasi selepas mendapati individu berkenaan merakamkan kejadian tersebut dan enggan memberikan wang. 

Netizen di ruangan komen turut berkongsi pengalaman berdepan dengan ulat parkir selain menyelarkan tindakan sedemikian yang seolah membawa budaya konoha di Malaysia.

Ada yang mendakwa pernah diminta bayaran sehingga RM10 untuk meletakkan kenderaan dalam tempoh yang singkat.

Selain itu, aspek keselamatan juga menjadi kebimbangan memandangkan individu-individu itu dipercayai bertindak mencalarkan kenderaan sekiranya enggan memberikan wang.

“Betul diorang ni takut dengan camera je. Pernah kena time parking takde minta bayar. Time nak keluar eh ada kereta parking block depan kereta aku.

“Igat orang nak singgah kejap situ. Tunggu punya tunggu rupanya kereta gangster tu yang block kereta aku. Nak keluar suruh bayar parking RM10. Gaduh punya gaduh keluar camera nak tangkap gambar dia terus takut mat. Terus alih kereta. So lepasni semua kalau kena bawak keluar phone terus rakam,” komen Bulatlah.

Susulan itu, pengguna media sosial meminta pihak berkuasa tempatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan yang lebih tegas dan berterusan bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya di kawasan tumpuan utama ibu kota itu. 

ARTIKEL LAIN

DBKL : Kes ‘ulat parkir’ calar kereta, lokasi tersebut diuruskan joki lepas waktu pejabat

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here