Pro Net & AMTEL jalin kerjasama urus pelupusan bateri EV secara lestari

46

Pro-Net, anak syarikat tenaga baharu Proton menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama AMTEL Cellular Sdn Bhd (AMTEL) bagi menguruskan pelupusan bateri kereta elektrik (EV) secara lestari.

AMTEL akan menguruskan pengangkutan, pemisahan komponen dan pelupusan bateri EV secara betul dan selamat sekaligus memastikan bateri dapat digunakan sepenuhnya dan tidak dibazirkan.

Bahan bernilai daripada bateri terpakai akan dipulihkan dan digunakan semula untuk tujuan seperti pembuatan bateri baharu atau sebagai sistem penyimpanan tenaga. 

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata walaupun masih tiada lagi garis panduan rasmi daripada kerajaan, pihak syarikat mengambil langkah awal untuk memastikan pelupusan bateri EV dilakukan dengan cara yang betul agar proses kitar semula tidak menjejaskan alam sekitar.

“Pelupusan bateri EV akan dilaksanakan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan di bawah Sistem Maklumat Sisa Berjadual Elektronik (eSWIS) yang digunakan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS),” katanya. 

Selain itu, AMTEL turut melabur secara aktif dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), termasuk meneroka kegunaan baharu untuk sel bateri EV.

Fokus utama adalah memanfaatkan semula sel bateri untuk kegunaan seperti sistem penyimpanan tenaga, sekali gus menyokong ekosistem tenaga yang lebih lestari.

Menurut unjuran Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), sebanyak 870,000 bateri EV dijangka perlu dikitar semula di Malaysia menjelang tahun 2050. 

ARTIKEL LAIN

Korea Selatan tidak benar pemilik EV cas bateri penuh di parkir bawah tanah

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here