MAM siasat Rimba Raid X Lenggong (2025)

1280

Susulan dakwaan pelanggaran peraturan, Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) kini sedang menjalankan siasatan terhadap Rimba Raid X Lenggong (2025).

Menerusi kenyataan media, MAM menyatakan pihaknya  telah menerima beberapa dakwaan berhubung kemungkinan pelanggaran peraturan dalam penganjuran acara Rimba Raid X Lenggong (2025) pada 26 hingga 29 Jun yang lalu. 

“Selaras dengan peruntukan di bawah Peraturan Pertandingan Kebangsaan (NCR), satu siasatan awal telah dimulakan dan proses tatatertib yang sewajarnya kini sedang dijalankan.

“MAM sedang meneliti semua dokumen, bukti serta laporan berkaitan, dan siasatan ini akan dilaksanakan secara menyeluruh, telus dan mengikut prosedur yang ditetapkan,” menurut kenyataan media.

Jelasnya, sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan setelah siasatan selesai.

Acara sukan bermotor lasak bertaraf antarabangsa yang memasuki edisi ke-10 itu menampilkan enam kategori perlumbaan bagi memberi peluang kepada pelbagai jenis jentera dan tahap pengalaman peserta.

Pembahagian kelas ialah Kelas A bagi motosikal pelbagai silinder melebihi 1,000cc, Kelas B (motosikal pelbagai silinder antara 250cc hingga 999cc), Kelas C (motosikal satu silinder antara 250cc hingga 800cc) dan Kelas D (Adventure Kapcai, khas untuk motosikal kecil yang diubah suai untuk kegunaan pengembaraan lasak).

ARTIKEL LAIN

Tidak dapat kelulusan MAM, KBS mahu tindakan susulan insiden kematian pelumba drag

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here