
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia menerusi akaun Facebook berkongsi sebanyak 8,322 kenderaan melibatkan jenama Mercedes-Benz, Kia dan Yamaha terlibat dalam kempen panggil balik pihak pengeluar.
MODEL YAMAHA:
- Yamaha MT09 (November 2021-Februari 2025) : Sensor posisi terotel (TPS) tidak berfungsi dengan baik; 1,649 unit terlibat
- Yamaha Tracer 9 GT ((November 2021-Februari 2025) : Sensor posisi terotel (TPS) tidak berfungsi dengan baik; 1,369 unit terlibat
- Yamaha Tenere 700 (2023-2024) : Operasi klac tidak lancar dan sukar untuk menukar gear; 149 unit terlibat
MODEL KIA :
- Kia Rio UB (2010-2017) : Berisiko mengalami litar pintas elektrik dan menyebabkan kebakaran pada unit papan litar kawalan elektronik hidraulik (HECU); 5,123 unit terlibat
MODEL MERCEDES BENZ :
Isu kenderaan Mercedes Benz melibatkan kerja semula ‘prefuse box’ yang berkemungkinan tidak dilakukan dengan betul dan perlu diganti.
‘Kotak prafius’ ini merujuk kepada kotak yang mengandungi fius arus tinggi, biasanya terletak berhampiran bateri 12 volt dalam ruangan enjin. Fius ini melindungi sistem elektrik kenderaan daripada arus lebihan dan potensi bahaya kebakaran.
Menurut JPJ, aktiviti panggil balik itu penting bagi mengelakkan kemalangan berlaku disebabkan oleh kecacatan pada struktur, peralatan atau sistem pada kenderaan tersebut.
“Setiap pemilik kenderaan yang terlibat akan dihubungi oleh pihak pengeluar kenderaan masing-masing bagi proses penyelarasan slot pemeriksaan kenderaan masing-masing.
“Untuk makluman, mana-mana komponen yang terlibat dengan isu tersebut akan digantikan dengan kos yang ditanggung oleh pihak pengeluar kenderaan masing-masing,” katanya.