Utama Berita Automotif Rawang Bypass : Laluan ke Serendah ditutup 5-jam untuk kerja pembaikan

Rawang Bypass : Laluan ke Serendah ditutup 5-jam untuk kerja pembaikan

7

Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan awal hari ini susulan penutupan penuh laluan di Rawang Bypass (FT 37) menghala ke Serendah.

Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan itu dilakukan bagi membolehkan pemeriksaan lanjut dilakukan di lokasi kerosakan expansion joint di jalan tersebut.

Butiran Penutupan:

  • Tarikh: 25 Mei 2026 (Isnin)

  • Masa: 9.30 pagi hingga 2.30 petang

  • Laluan Terlibat: Rawang Bypass menghala ke Serendah SAHAJA

Laluan Alternatif

Bagi pengguna yang perlu melalui laluan tersebut ke arah Serendah, anda diminta menggunakan jalan alternatif iaitu Jalan FT01 Kuala Lumpur – Tanjung Malim (melalui Pekan Rawang) sebagai laluan ganti sepanjang tempoh kerja-kerja pembaikan berlangsung.

Penutupan ini terpaksa dilakukan demi menjamin keselamatan semua pengguna jalan raya sepanjang tempoh pemeriksaan teknikal dijalankan.

Pengguna dinasihatkan supaya mematuhi papan tanda arah dan arahan petugas di lokasi bagi melancarkan pergerakan trafik.

Sebelum ini, tular di media sosial apabila akaun Facebook Asal Gombak 2.0 berkongsi berkaitan penemuan kerosakan expansion joint di salah satu lorong Rawang Bypass menuju ke Serendah.

Menerusi video yang dikongsi meminta pengguna lebuhraya berkenaan berhati-hati  

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here