JKR akan pasang 385 lampu jalan solar di JRTB Gerik-Jeli

82

Jabatan Kerja Raya (JKR) akan memasang sebanyak 385 lampu jalan jenis solar di laluan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, termasuk di kawasan lokasi nahas bas yang meragut 15 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Pengarah JKR Perak, Ir Zamri Mat Kasim berkata, keputusan pemberian tender bagi pemasangan lampu jalan tersebut dijangka diketahui pada Julai tahun ini.

Menurutnya, kemalangan yang berlaku pada awal pagi Isnin itu bukan berpunca daripada keadaan jalan yang gelap, sebaliknya kelajuan kenderaan seperti yang dilaporkan oleh pihak polis.

“Lampu jalan serta keadaan gelap bukan punca utama kemalangan. Kawasan tersebut juga telah mendapat peruntukan untuk diturap semula permukaan jalan serta garisan jalan.

“Pemantauan terkini di tapak mendapati permukaan jalan dalam keadaan baik dan tiada lubang. Perabot jalan juga sempurna seperti penghadang jalan, chevron dan papan tanda,” katanya. 

Zamri berkata, pasukan forensik Cawangan Jalan dari Ibu Pejabat JKR kini berada di lokasi kejadian untuk menjalankan kajian dan menyediakan laporan lanjut.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here