Rasuah lebuh raya, Tan Sri tampil ke SPRM esok

86

Seorang individu bergelar Tan Sri dijangka hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, esok bagi membantu siasatan skandal penyelewengan dana pembinaan lebuh raya di Lembah Klang.

Menurut sumber, individu yang juga pemegang konsesi lebuh raya tersebut akan memberi keterangan pada jam 9 pagi selepas selesai menerima rawatan di hospital.

“Beliau akan hadir seperti yang dijadualkan dan beliau sudah keluar dari hospital selepas selesai menjalani rawatan,” katanya.

Tan Sri itu sebelum ini dilaporkan sebagai saksi utama dalam siasatan yang dijalankan SPRM membabitkan rampasan pelbagai aset mewah bernilai lebih RM143 juta.

Antara sitaan termasuk wang tunai dalam akaun individu dan syarikat berjumlah RM37.5 juta, hartanah bernilai RM24.5 juta, sembilan kenderaan mewah (RM7.65 juta), jam tangan eksklusif (RM25 juta), barangan kemas serta berlian (RM6 juta), tas tangan berjenama (RM3 juta), minuman keras (RM3 juta) dan empat ekor kuda bernilai RM400,000.

Turut dikesan ialah aset luar negara melebihi RM15 juta serta aktiviti perjudian mencecah RM20 juta yang dikaitkan dengan Tan Sri tersebut.

Siasatan masih diteruskan dengan 45 saksi yang telah dipanggil semula untuk memberi maklumat tambahan.

ARTIKEL LAIN

Kerana rasuah, jalan tol di Indonesia ini tidak selamat dilalui kenderaan berat

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here