Proton eksport e.MAS 7 ke Trinidad dan Tobago selepas Nepal

28

Proton rasmi mengeksport kereta elektrik (EV) e.MAS 7 ke Trinidad dan Tobago selepas tiga bulan membuat kemunculan antarabangsa di Nepal.

Berbanding pasaran tempatan yang ditawarkan dengan dua pilihan varian, Proton hanya menawarkan varian Premium di pasaran antarabangsa kedua EV berkenaan.

e.MAS 7 itu menggunakan motor elektrik yang diletakkan di bahagian depan dengan kuasa 218PS dan tork 320Nm. Pecutan 0-100kmj dicapai dalam tempoh 6.9 saat dengan kelajuan maksimum 175kmj.

Kemudian ia dibekalkan dengan kapasiti bateri 60.22 kWh dengan jarak pemanduan 410km (WLTP).

Pengedar rasmi Proton, ANSA Motors di Trinidad dan Tobago turut memperkenalkan bilik pameran EV baharu di The City of Grand Bazaar.

Fasiliti serba baharu itu akan menawarkan pengalaman menyeluruh kepada pelanggan untuk meneroka dan memahami teknologi EV serta menerima sokongan khusus.

Meneruskan kejayaan kemasukan Proton X50 dan X90 ke pasaran Trinidad dan Tobago tahun lalu, pelancaran tersebut mengukuhkan lagi usaha berterusan syarikat dalam pengembangan global serta membawa teknologi automotif termaju ke pasaran eksportnya.

Sehingga kini, sejumlah 481 unit kenderaan Proton telah dieksport ke negara dengan populasi penduduk kira-kira 1.4 juta itu. Jumlah ini termasuk 271 unit Proton X50, 141 unit (Proton X90) dan 44 unit (Proton Saga).

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here