Yamaha FreeGo 125 Indonesia dapat warna baharu, harga RM5,798

24

Yamaha FreeGo 125 pasaran Indonesia menerima pilihan warna dan grafik baharu agar tampil lebih signifikan. 

Skuter tersebut kini hadir melalui varian warna putih yang digabungkan dengan warna biru pada bahagian madgad depan, bingkai lampu utama, pemijak kaki serta bahagian badan. 

Pilihan warna sedia ada masih ditawarkan dan varian warna merah kini dipadukan dengan aksen grafik berwarna hitam yang memberikan kesan kontra.

Varian warna hitam digabungkan dengan grafik berwarna biru muda, serta varian warna sand kini berpadu dengan warna merah.

Selain itu, terdapat juga sentuhan grafik baharu pada bahagian badan depan motor, dengan tulisan “125” yang sebelumnya tampil dalam bentuk vertikal kini berubah menjadi horizontal.

Tidak hanya varian standard, Yamaha FreeGo 125 Connected juga mendapat kemas kini yang mana sentuhan grafik baharu menerusi garisan lurus tegas ditempatkan pada sisi dan depan badan serta madgad depan.

Terdapat juga perubahan pada warna lencana “S” yang kini tampil dengan warna biru metalik.

Yamaha FreeGo 125 kini dilengkapi dengan aplikasi Y-Connect di samping ruang simpanan bawah pelana bersaiz 25 liter dengan tambahan ruang penyimpanan yang luas pada bagian depan.

Ciri peralatan lain ditawarkan termasuklah Smart Front Fuel, Smart Key System, Answer Back System dan “Blue Inner Lens” pada LED Position Light, yang membuat tampilan Yamaha FreeGo 125 pun jadi semakin premium dan berkelas.

Yamaha FreeGo 125 dijual pada harga IDR 22,315,000 (RM5,798) dan Yamaha FreeGo 125 Connected dipasarkan dengan harga IDR 24,100,000 (RM6,266).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here