Mercedes Benz A-Class ‘kantoi’ 45 kali tidak bayar tol

545

Tahun lalu, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) giat menjalankan operasi mengesan penceroboh tol ‘percuma’ agar melangsaikan tunggakan bayaran.

Kenderaan pertama yang ditangkap adalah Proton X50 apabila dikesan tidak membayar tunggakan tol sebanyak RM57.50 di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).



Sebulan kemudian pemandu Honda City pula ditahan selepas 59 kali terlepas membayar tol di Lebuhraya Kajang Silk dengan jumlah tunggakan tol sebanyak RM256.20 (termasuk caj pentadbiran). 

Terkini, sebuah Mercedes Benz A-Class berwarna hitam di tahan di plaza tol AKLEH selepas 45 kali terlepas membayar tol.

“Kereta mewah 45 kali culas tol, ditahan!. Dah 2023 perangai masih tak berubah. Lagi pengguna culas bayar tol ditahan,” ciap PROLINTAS. 

Menerusi ciapan di akaun Twitter PROLINTAS, jumlah  tunggakan RM275.65 telah dilangsaikan serta-merta di lokasi kejadian.

Selain itu, PROLINTAS juga mendakwa tindakan sedemikian bukan saja menceroboh bahkan membahayakan kenderaan lain. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here