[Video] Penunggang motosikal lari ‘lintang-pukang’ dikejar polis

618

Seorang pengguna Twitter @aemieruls_ berkongsi video pendek yang menunjukkan aksi lelaki cuba melarikan diri daripada ditahan anggota polis trafik.

Bagaimanapun, aksi pemuda tersebut mencuit perhatian netizen apabila dia dilihat berlari ke hulu hilir dan cuba terjun dari atas sebuah lebuh raya.



Namun, percubaan terjun sebanyak dua kali berkenaan tidak berjaya selepas mendapati kedudukan jambatan lebuh raya berkenaan yang tinggi.

“Boleh pula dia bermain kejar-kejar dengan polis,” ciapnya. 

Menurut seorang warga Twitter kejadian tersebut berlaku di Seri Kembangan.

“Femes jalan the mines. Haha memang selalu ada roadblock jalan ni,” tulisnya.

Bagaimanapun, tidak diketahui nasib pemuda tersebut tetapi  rata-rata netizen ‘terhibur’ dengan gelagat individu yang kalut melarikan diri itu.

“Pergi kiri : Alamak gayat. Pergi kanan: Alamak gayat lagi..”

“Mesti dia hebat main polis sentri.”

“Hahaha polis patut amek motor dia je.”

“Bedasarkan pengalaman ada kawan yang dh insaf, benda ni nampak lawak, tapi biasa yang sanggup lari bagai nak rak ni bukan takut sebab tiada lesen, ada benda lah tuh yg dibawak”

 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here