
Proton Saga pemasangan tempatan (CKD) di Mesir bermula pada November 2024. Pada Mac lalu, sedan pemanduan kiri itu rasmi dijual di negara berkenaan menerusi Ezz Elarab Elsewedy Automotive Factories (ESAF).
Menurut media Mesir, ESAF menyasarkan untuk menghasilkan 5,000 unit Saga pada tahun ini.
Baru-baru ini, iklan komersial Proton Saga CKD Mesir mencuri perhatian pengguna media sosial Malaysia.
Ini kerana konsep video yang ditampilkan berbeza dengan versi pemasaran di Malaysia yang memaparkan aksi ‘drift’.
@protoninternational The Proton Saga – Your Reliable Companion on Every Journey! Proudly assembled in Egypt and featured in this commercial by the Egyptian action superstar Ahmed El Sakka. #ProtonInternational #ProtonEgypt
♬ original sound – Proton International – Proton International
Seiring dengan tagline yang digunakan iaitu ‘The Proton Saga – Your Reliable Companion on Every Journey!’.
Menampilkan pelakon terkenal Mesir, Ahmed El Sakka, iklan itu mengetengahkan Proton Saga yang bukan sekadar kereta biasa namun memiliki keberanian dengan nilai lebih dan prestasi yang memukau.
Seperti yang dinyatakan dalam video, “Proton Saga. Berani pada harganya. Berani dengan penyelenggaraannya. Berani dengan pilihannya. Berani dengan nilainya. Proton Saga – kereta paling berani di Mesir.”
Seperti yang boleh disaksikan dalam iklan itu menerusi prestasi lincah dan terkawal dengan gaya berani dan dinamik.
Di Mesir, Saga dijual pada harga bermula daripada EGP629,900 (RM53,934) menerusi tiga varian iaitu Standard (MT), Standard (AT) dan Premium (AT) bersama waranti 5-tahun atau perbatuan 150,000km.
Pada ruangan komen, segelintir pengguna media sosial Malaysia memuji prestasi pendingin hawa Saga yang terbaik. Bahkan, tidak ketinggalan ada dalam kalangan mereka tidak mengetahui tentang kewujudan Proton di pasaran luar.
“Dia tahu ekon saga power.”
“Tak tahu pulak Proton jual kat luar negara.”
“Kenapa takde iklan macam ni kat Malaysia.”
“Sekarang aku dah tahu apa sebab Proton punya aircond sejuk beku rupanya jual sampai ke negara padang pasir memang aircond kete kena sejuk kaw la…Tanniah Proton.”