KTM Malaysia bakal lancar 890 SMT bulan depan

130

KTM Malaysia bakal memperkenalkan sport-tourer 890 SMT awal bulan depan. 

 

KTM 890 SMT menggunakan enjin 889cc LC8c paralel berkembar DOHC yang menghasilkan kuasa 105hp @ 8,000rpm dan tork 100Nm @ 6,500rpm bersama kotak gear 6-kelajuan.



Ia kemudian dipadankan dengan mod tunggangan standard iaitu Sport, Street dan Rain dan boleh ditambah dengan satu lagi mod pilihan iaitu Track.

Menerusi mod Track penunggang boleh menyelaraskan mod pendikit dan kawalan traksi sehingga 10 peringkat. SMT juga didatangkan dengan Kawalan Traksi Motosikal (MTC).

Dari sudut ergonomik dan aerodinamik, tangki minyak bersaiz 15.8 liter dibentuk lebih langsing untuk pengendalian lebih baik buat jentera dengan berat 194kg tersebut. 

Ciri penyelarasan bar hendal enam peringkat dalam julat 1.2-inci memberikan posisi tunggangan lebih fleksibel.

Ia kemudian digabungkan dengan visor penghadang angin berwarna gelap dan pelana acah supermotor 33.8-inci serta paparan TFT multifungsi bersaiz 5-inci. 

Frem trellis KTM 890 SMT dilengkapkan dengan suspensi terbalik WP APEX 43 dengan travel 180mm (depan) dan monoshock WP APEX dengan travel 180mm (belakang).
 
Motosikal itu menggunakan rim bersaiz 17-inci bersama brek cakera 320mm, kaliper 4-piston di depan dan brek cakera 260mm, kaliper 2-piston di belakang serta Sistem Brek Anti Kunci (ABS) Bosch.
 
 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here