Calar kecil minta RM100, apa berlaku selepas itu buat pemuda ini kecewa

1378

Apabila parkir kenderaan seharusnya kita lebih berhati-hati apabila membuka pintu bimbang tercalar badan kereta bersebelahan.

Bagaimanapun tiada siapa yang mahu kejadian sedemikian berlaku. Sekiranya terjadi selesaikanlah dengan cara yang baik sama ada calar teruk, remuk mahupun meninggalkan kesan yang sedikit. 

@anaszahrin

Ya Allah…Ustaz @AhmadYusof sampainya hati dia buat macam tu 🥺😭😭😭

♬ Selawat Nabi Muhammad Saw – N.I.A



Seperti mana perkongsian seorang pemuda ini yang dikenali sebagai Ustaz Ahmad Yusof. Video pendek yang dikongsi oleh akaun TikTok Anas Zahrin itu menceritakan kejadian berlaku di parkir Rehat dan Rawat Gurun.

“Staf saya buka pintu lepas tu terkena kereta tu sikit menyebabkan sedikit sahaja calar. Calar tu macam kena kuku kemudian dia marah staf saya sekian-sekian sayapun tak dengaq.

“Sayapun keluar dia cakap orang putih dengan saya, calar sikit kemudian dia minta ganti rugi, saya tanya kak nak berapa duit, saya bayar sekarang bagi nombor akaun saya transfer,” katanya.

Wanita tersebut meminta ganti rugi sebanyak RM100 dan enggan memanjangkan isu Ahmad membayar seperti yang diminta.

“Lepas saya beri 100 ringgit dia koyak duit itu depan saya, inikah akhlak sebagai orang. Sebenarnya ini bukan akhlak ini langsung biadap dengan rezeki,” katanya kecewa.

“ALLAHU, takpalah Abang..dia ingat RM100 tu mudah kot nak dapat..kalau takat bayar pastu selesai tu takpa..ni dia koyak, tu yang terasa sangat tu,” tulisnya di ruangan komen. 

Apabila berdepan dengan kejadian sedemikian apa yang anda lakukan?. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here