Guna e-hailing lebih jimat berbanding miliki kereta di Singapura, betulke?

1007

Harga jualan kenderaan di Singapura agak mahal kerana kerajaan negara jiran itu menuju ke pengurangan pelepasan emisi dan bilangan kenderaan di jalan raya.

Misalnya, harga Perodua Myvi di sana berharga RM197,093 setara dengan nilai kenderaan mewah di Malaysia. Jika anda sering merungut harga kereta di Malaysia mahal, fikirkan semula!.



Kenapa harga kenderaan begitu tinggi di Singapura?, ini kerana pemilik perlu mendapatkan sijil hak milik kenderaan (COE) iaitu kos yang perlu ditanggung sebelum membeli kereta sebenar.

Kos COE  juga tidak termasuk harga kenderaan dan caj cukai yang lain. Di Singapura COE dibahagian kepada lima kategori (A,B,C,D dan E).

Kategori A melibatkan kenderaan dengan sesaran di bawah 1,600cc dan kuasa tidak melebihi 130bhp manakala kategori B melebihi 1,600cc dan kuasa 130bhp. 

Bagaimanapun harga COE bergantung kepada pihak kerajaan secara bulanan dan memiliki kuota yang ditetapkan serta perlu dibida. Misalnya nilai COE bulan September adalah $84,000 (RM271,923) bagi kategori A. 

Melihat kepada nilai yang perlu dibayar tentunya sebagai pengguna anda perlu membuat pengiraan terperinci bagi membeli sebuah kenderaan.

Sebagai perbandingan, pihak Maybank Singapura berkongsi pengiraan kos yang perlu ditanggung dalam tempoh 10 tahun bagi sebuah kereta (kategori A) dan menggunakan e-hailing.

Pemilik kenderaan perlu mengeluarkan sejumlah $209, 620 (RM678,579) yang melibatkan harga kereta dengan COE, bayaran insurans, cukai jalan, kos minyak dan penyelenggaraan.

Sementara pengguna e-hailing hanya perlu mengeluarkan $119,620 (RM387,232) bagi tempoh 10 tahun iaitu perbezaan sebanyak $89,640 (RM290,181). Pengiraan itu merangkumi lima kali seminggu pada hari bekerja dan dua kali sehari pada hujung minggu. 

Kelebihan pengguna e hailing mereka bebas daripada memikirkan kos penyelenggaraan dan baik pulih sekiranya berlaku kerosakan bahkan duit minyak. 

Namun begitu, pengiraan yang dilakukan oleh seedly.sg itu mendapat pelbagai reaksi, menurut pengguna Singapura pemilik kenderaan tidak perlu membuang masa menunggu ketersediaan teksi.

Selain itu, pemilik kereta boleh bergerak ke banyak lokasi pada satu masa tanpa perlu membuat perjalanan sehala sahaja.

“Kereta hanya penting bila anda miliki anak dan perlu membawa mereka ke mana sahaja, selain itu kereta hanyalah keperluan,” kata Maimoon Kadir.

“Pengiraan caj teksi juga mungkin berbeza mengikut waktu puncak dan sebaliknya, teksi dan grab perlu bayar erp,” kata Stanley Low. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here