“Banyak masa ‘bangau’ dari hantar order, fikir masak-masak,” rider p-hailing

1596

Penurunan had umur daripada 21 kepada 18 tahun bagi menyertai p-hailing membolehkan golongan remaja menyertai pekerjaan sebagai rider makanan. 

Bagaimanapun, ini menimbulkan kebimbangan dalam mencorak masa depan golongan tersebut yang mula selesa kerana tiada majikan dan waktu kerja fleksibel.



Bahkan, bilangan rider makanan yang semakin bertambah dalam ekonomi gig ini juga menyebabkan mereka perlu bekerja lebih masa kerana pendapatan yang kurang.

Ini yang dikongsi oleh salah seorang rider makanan yang bimbang melihat ramai anak muda berminat dalam pekerjaan tersebut dan memberi nasihat agar fikir sebaiknya. 

Video yang dikongsi di akaun TikTok @wak_east itu memberitahu bidang pekerjaan tersebut sedang tenat. 

@wak_east

Geng Rider tengah tenat sekarang #fyp #foodrider #hustle #fypシ

♬ suara asli – Danzz? 🎟 – Danzz? 🎟

“Banyak masa ‘bangau’ dari hantar order, mana yang tengah nak join tu fikir masak-masak.

“Terpaksa habiskan 13 ke 15 jam untuk capai target,” tulisnya.

Dia turut menasihati anak muda agar mencari pekerjaan tetap terlebih dahulu kerana masa depan mereka masih panjang. 

Walaupun tiada majikan yang memantau dan waktu bekerja yang fleksibel perlu diingatkan risiko sebagai penghantar makanan kerana sentiasa berada di atas jalan raya.

Selain itu, pendapatan yang tidak menentu juga memerlukan rider p-hailing bekerja lebih masa untuk mencapai sasaran pendapatan bulanan yang diinginkan.

“Susah nak cakap, kadang tak menentu. Sekarang tempat hotspot pun dah slow,” kongsinya di ruangan komen.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen antaranya:

“Sekarang dah mukan musim PKP, orang memilih untuk keluar, tambahan rider terlalu ramai.. setakat side income bolehla nak layan, buat full time memang sakit.”

“Pasal ramai rider mana-mana orang lama dok tunjuk income banyak pastu kasi viral, maka ramaila orang mintak jadi rider.”

“9 pagi – 9 malam= 75 ringgit, dulu 3 jam dah 70 ringgit.”

“Sekarang nak dapat satu orderpun kena tunggu 2 jam lebih.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here